Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan memalukan.


DEPA KATA.., "Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara. Kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN, Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang,hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat. Oleh itu, DS Najib di jemput untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang” - Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir.


Iskkk...!!!!

Ya ka lagu tu? betuika samseng belasah hang pa semua? dah buat laporan polis? atau hangpa cuma buat laporan kat Harakah?.

Minta maaf lah Cik semua, kita kalau bercakap kena ada fakta, hang tak sebut pun ada buat laporan polis, tak taulah kalau hang tak percaya pada polis sebab hangpa dok kata polis ini anjing kerajaan,.. mohon tak ada adik beradik hangpa dok kerja jadi polis.

Nak berdebat tak ada masalah sebanaqnya dengan hangpa semua nih, sebab kami tahu bukan cerdik sangat pun, tau kenapa? belajaq pun tak habis lagi atau tak katham lagi dah nak tunjuk pandai, baru kenai alif dah kata katham quran, belajaq bagi perabih dulu kemudian baru cabar nak berdebat dengan siapa pun tak pa..

Jangan dok perabih duit mak bapak dok hantar pi belajaq kat U tu, kesian kat mak bapak.

Lagi satu kalau nak masuk tempat orang, bagi salam, kalau ada agenda sebut apa agenda, kalau ada wawasan cakap dan bentang apa wawasan hang pa, bukan mai kutuk orang tu tak betul orang nih rasuah dah dekat sejam tunggu dok pusing cerita buruk orang sahaja, maki orang, ideanya tak nampak pun lagi.

Nasib baik kena 'Belasah' sahaja kalau kena potong kaki, potong lidah macam mana?.

No comments:

Post a Comment