DEPA KATA..., "Banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya


DEPA KATA..., "Banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut. termasuk pendedahan dari mendiang bala dan Deepak, kemudiannya peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?  Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya?   

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana. Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa".





Iskkk....!!!

Banyaknya persoalan 'adakah'.. ya la orang nak tahu kena lah tanya..kalau dak, mau sesat barat...

Pertamanya kalau nak mendakwa nih mestilah ada yang 'hendak' mendakwa kalau tak ada yang 'hendak' mendakwa macam mana nak dakwa?.. banyak pulak perkataan dakwa yaa.

Macam mana yang Anwar buat... dakwa orang itu dakwa orang ini, saman orang itu saman orang ini, baru boleh ada dakwaan... 

Pasai apa Najib diam?.. emmm dia bukan macam orang itu, dok kepoh saman orang itu begini, dia kata biaq pi lah depa nak kata apa... saya tau apa yang saya buat.. yang penting saya buat kerja saya membangunkan rakyat dan negara, bukan buat haru biru pada negara.

Keluarga Altantuya merasa aman? memang pun depa aman sebab bapak si mati pun tidak mengatakan Najib terlibat selain menyebut ada orang pembangkang yang mencari depa suruh buat story dan kaitkan dengan Najib.

Bala juga sudah aman, sebab kalau hidup mungkin menangung bedan yang lebih mudarat sebab kena kehulu kehilir layan skrip yang telah disiapkan.

Yang penting disini buatlah pendawaan dan saman lah penama penama tersebut tadi baik Najib, Rosmah keluarga Najib atau peguam yang telibat, sila kedepan dan lakukan tuntutan saman dan buat tuduhan bahawa penama terlibat dengan pembunuhhan, bukan setakat ke hulu ke hilir dok cerita kat orang mereka terlibat.

Memanglah kalau ikut cerita lama " seorang menjerit musang mencuri kambing"..pertama kali orang percayalah... lama lama hang jerit lah sorang sorang, tak dak sapa nak percaya dahh. 

No comments:

Post a Comment