DEPA KATA.., Status bumiputera wajar dihapuskan segera


DEPA KATA..., "Status bumiputera yang telah diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional wajar dihapuskan segera.  Sudah sampai masa status bumiputera ini sudah tidak relevan dilaksanakan di Malaysia kerana orang Melayu bukan lagi majoriti. Dap Perak sudah berbincang dengan rakan dalam pakatan iaitu Pas dan PKR dan mereka telah pun bersetuju untuk menghapuskannya 
apabila dapat menakluki Putrajaya selepas PRU13 nanti."


Iskkk....!!!


Tak perlu kata apa apa..senyum sahaja.... Betul pesan datok nenek satu ketika dulu...

Ia berkaitan dengan jus soli yang diperkenalkan pada 1945 dan dilaksanakan pada tahun 1946 dibawah Malayan Union yang memberi kerakyatan kepada warga asing terutama kaum Cina dan India  bagi menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi oleh mereka. 

Ini telah menyebabkan kemasukan kaum asing terutama Cina dan India menghampiri 1 juta. dan membuat rasa tidak senang hati kaum Melayu kerana dikatakan telah mengancam kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu, akibat daripada perkara tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangun menentang gagasan tersebut di ketika itu.

Jus soli yang berkonsepkan kesamarataan di antara rakyat didalam satu negara. Dimana ia adalah bagi menuntut kesamarataan di antara rakyat tempatan dan asing di Malaysia.

Ini telah membuatkan kaum asal Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Malaysia) menjadi tidak senang dan membantah konsep tersebut, tetapi hari ini bukan sahaja orang Melayu tidak membantah tetapi mereka menyokong pula cadangan agar hak mereka di hapuskan.

Mereka mungkin tidak sedar jika ini berlaku bukan sahaja mereka ini tidak menghormati kaum asal Tanah Melayu ini malahan ketaatan kepada Raja Melayu juga sudah pasti mereka mahu runtuhkan.

Jika tahun 1947 orang Melayu bersatu dan berjaya membatalkan kontrak jus soli, tetapi berbeza dengan hari ini, orang Melayu sekali lagi bersatu untuk melupuskan hak mereka sendiri dan di berikan kepada mereka yang mendapat kelebihan dari kontrak jus soli hanya semata ingin ke Putrajaya.

Putrajaya yang satu ketika dahulu mereka beria ia untuk melelong dan menjualnya kerana dikatakan satu pembaziran, Kerana mereka ini tidak serupa dengan datuk nenek mereka yang dapat melihat jauh ke depan.

Sementara orang yang mencadangkan agar status bumiputra ini di hapus dan dimansuhkan terlupa bahawa datuk nenek merekalah yang merayu agar kaum mereka di terima di bumi tanah Melayu ini kerana tidak mahu kembali ke negara asal mereka dan seterusnya membolot kekayaan di Tanah Melayu hari ini dan mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu.

Jika dahulu datuk nenek kita menolak jus soli kerana ianya akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh mereka sebagai Bumiputera Tanah Melayu, kerana jus soli memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

Datuk nenek kita tidak mahu hak istimewa mereka dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. 

Datuk nenek kita juga telah dapat melihat jika penghapusan hak istimewa menyebabkan
penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina. 

Datuk nenek kita dahulu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip
 jus soli kerana mereka tahu dan tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu dan kepada Raja-Raja Melayu. 

Datuk nenek kita telah dapat merasakan pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Mereka bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. 

Kebimbangan mereka terpacar hari ini setelah 66 tahun berlalu.

Ingatlah pesan datuk dan nenek kita.... "Musuh jangan di dendang.. kelak di halaman kita mereka berladang"

No comments:

Post a Comment