PAS Parti Sembang Kuat

DEPA KATA - DAP tidak akan menerima penyertaan PAS kerana perhubungan mereka kini di tahap tidak mungkin dapat 'rujuk' kembali kerana PAS telah mengisytiharkan DAP sebagai musuhnya.
"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami," 
Sebelum ini, PAS telah mengisytiharkan DAP sebagai musuh nombor satunya - dan bukan Barisan Nasional atau UMNO - maka kini jelas ia akan bertanding di kerusi-kerusi DAP.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilaporkan berkata bahawa parti itu sedang mempertimbang untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. 
DAP pula tidak kisah dengan cabaran dari PAS dalam perebutan kerusi pilihan raya kerana mengetahui bahawa mereka adalah musuh.




Iskkk...!!!

Bunyi macam ya, ya sahaja puak nih bila bercakap, pengundi pasti rasa semangat dengan apa yang dilaungkan oleh PAS dan apa yang diancam oleh DAP.

Orang UMNO jangan terperangkap dengan puak PAS ini, dalam baik berpura nak berbaik dan bekerja sama, dalam hal sebenar mereka ini boleh menkamdari belakangan dan dalam diam-diam.

Orang UMNO jangan teruja sangat dengan helah politik mereka termasuk Hadi Awang sekali pun, jika dia menarik semula amanat mengkafirkan orang UMNO, mereka tetap ada perancangan tersendiri yang Allah sahaja tahu.

Dalam mereka di lihat bertelagah seperti tidak berkesudahan antara PAS dan DAP, pemimpin DAP sdalam senyap-senyap menyusup didalam kalangan kumpulan PAS sewaktu pagi penamaan calun di Sungai Besar.

Bagaimana seorang pemimpin tertinggi DAP boleh berada dikalangan kumpulan PAS yang sebelum ini dikatakan sedang bertelagah, nampak sangat kepuraan kedua parti ini.

Jadi Pemimpin UMNO jangan terover teruja dengan lebut lidah pemimpin PAS, mungkin mereka mempunyai muslihat untuk melekakan ahli UMNO.


No comments:

Post a Comment